Labbaikallahumma labbaik…………

Posted on Desember 3, 2010

0



Labbaikallahumma labbaik…………

#fullpost { display: none; }



Labbaikallahumma labbaik.. Labbaikala syariikalaka labbaik.. Innalhamda.. Wa nni’mata.. Laka wal mulk.. Laa Syariikalak..

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasullullah, Nabi kita Muhammad s.a.w. dan seterusnya kepada keluarga dan seluruh sahabatnya.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rahimahullah, dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Ertinya : Tidak ada hari dimana amal soleh pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yakni : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun”.

Allah S.W.T berfirman :


وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

“Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh” ( Al-Fajr : 1).

Dari Abî Bakrah radhiyallâhu ‘anhu, dari Nabî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam beliau bersabda : “Dua bulan yang tidak memiliki kekurangan, adalah bulan ‘îd :Ramadhân dan Dzul Hijjah.” (Muttafaq ‘alaihi).

Disini aku ingin mengucapkan selamat jalan pada sahabat yang diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk mengerjakan seruan Ilahi….Semoga kalian mendapat haji yang mabruur disisi Allah s.w.t.

Aku memohon padaMu ya Allah, semoga Engkau juga memberi peluang padaku seperti mana Engkau memberi peluang pada sahabat-sahabat ku, Ya Allah sampaikanlah aku juga ke sana…Amin
sumber;http://kubangsiam.blogspot.com/2009/11/labbaikallahumma-labbaik.html

Posted in: NEWS