DEBAT AHLI FIQH DAN ATEIS

Posted on Agustus 1, 2010

0


Perdebatan antara ahli fiqh dan ateis…
Kepercayaan dan keyakinan terhadap kewujudan Tuhan merupakan asas utama dalam kehidupan beragama. Namun terdapat manusia yang masih kosong daripada keyakinan seperti ini. Kisah ini sekadar renungan…

Ateis : ”Percayakah engkau mengenai adanya Allah?
Ahli fiqh : ”Ya, tanpa sebarang keraguan.;;
Ateis : ”Apakah engkau pernah melihat-Nya?”
Ahli fiqh : ”Tidak pernah.”
Ateis : Apakah engkau pernah mendengar suara-Nya?
Ahli fiqh : Tidak pernah.
Ateis : Apakah engkau pernah mencium bau-Nya atau menyentuh-Nya?
Ahli fiqh : Tidak pernah.
Ateis : Jadi, bagaimana engkau begitu yakin mengenai kewujudan Allah?.

Tanpa menjawab soalan ini, ahli fiqh bertanya kepada si ateis..

Ahli fiqh : Apakah engkau mempunyai akal?
Ateis : Sudah tentu.eta
Ahli fiqh : Pernahkah engkau melihat akalmu itu?
Ateis : Tidak pernah.
Ahli fiqh : Apakah engkau pernah mencium baunya atau menyentuhnya?
Ateis : Tidak pernah.
Ahli fiqh : Lalu, bagaimana engkkau begitu yakin untuk mengaku bahawa engkau mempunyai otak?..

Hanya manusia yang tidak berakal saja tidak mengenali Penciptanya. Betapa malangnya manusia yang diciptakan Allah swt namun ia tidak mengenali siapa Penciptanya. Semua manusia sememangnya mempunyai fitrah beragama iaitu agama Islam seperti dalam firman Allah swt :

”Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,”
(Surah Ar-Rum : 30)
Dicatat oleh mujahidah ukhwah

Posted in: HIKAYAT