KISAH BENAR : PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI

Posted on Mei 28, 2010

0


Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang

lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk

hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih

belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan.

Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya

mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan

hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang

menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk

dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan

semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya

dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi

keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan

seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada

suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan

rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-

anak tidak pernah saya abaikan.

Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang

lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut

terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama

menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain

sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan

waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan

ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan

bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi

tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba

yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap

suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus

ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap

suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan

Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan

kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa

Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh

itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus

anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua

setelah tugas pertama dan utama, iaitu mela yani suami.

Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya

rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke

rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat

memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,

hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam

rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan

sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat

menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu

datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh

sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya

di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang

pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu

disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya

bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak

dapat digambarkan.(KLiK di bawah untuk kisah penuh)

Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang

dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang

melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia

kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya

begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana

seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah

masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari

itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,

sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran

makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan

anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat,

kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual

panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik.

Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,

suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan

paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir

jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.

Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap.

Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut

suami mengingatkan saya agar t idak tidur lagi. Saya cuba

menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya

separuh saja jaga, separuh lagi tidur.

Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut

mungkin, “Abang, Zee terlalu penat,” lalu saya menciumnya

dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.

Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia

berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan

terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam

hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami

saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya

di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada

perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi

tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang

tidak dijangka sama sekali – panggilan dari pihak polis

yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan

dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke

hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah

lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat

bertemunya.

Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan

terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya

kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya

di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya

sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti

sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,

maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf

daripadanya. Sabda Rasulullah s. a. w, “Demi Allah yang

jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak

isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di

tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan

murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh

suaminya.” Sehingga kini, setiap kali saya terkenang

kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan

bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya

satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu

dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar

pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka.

Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai

isterinya. Itulah harapan saya … semoga Allah

perkenankannya.Wallahu ‘alam..

Posted in: HIKAYAT